TITIAN KASIH

TITIAN KASIH
DIRIKU DAN DIRIMU

~PENYERI DALAM KEHIDUPANKU~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 24, 2010

Islamic Fashion ke nie?


Dunia mmg dah akhir zaman..kenapa perkara ini terjadi?adakah kita jahil dalam agama?..cuba kita renung dan pikir,apakah bekalan kita untuk hari akhirat..dosa mudah dibuat walaupun sukar tp pahala sukar dibuat walaupun perkara remeh..
Bala ALLAH boleh datang dengan tiba-tiba tanpa kita sedar..

nama muhammad di dada peragawati..nauzubillah

Hukum Menghina Nabi S.A.W

1) Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).

2) Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).

3) Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :

1) Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).

2) Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).

3) Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).


Fashion sebegini mmg di laknat oleh ALLAh swt..

"YA ALLAH berikan kami serta umat islam hidayah pertunujuk mu..tunjukanlah kami yang hak itu hak yang batil itu tetap batil"

Apakah tindakan kita?tepuk dada tanya iman..

~~Sebahagian yang membantah festival tersebut~~

"jika kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu mencegah dengan 3cara iaitu dengan kudrat,jika tidak mampu dengan lisan dan jika tidak mampu dengan hati,tulah selemah-lemah iman"


No comments:

Post a Comment