TITIAN KASIH

TITIAN KASIH
DIRIKU DAN DIRIMU

~PENYERI DALAM KEHIDUPANKU~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Musim tengkujuh melanda lagi

pantai timur dah menjadi kebiasaan dengan musim tengkujuh..la ning dah start musim tengkujuh..rumahku turut terlibat dalam bencana iaitu banjir disebabkan hujang..adus!!dugaan Allah menguji kami sekelurga..Ni baru dugaan yang kecil ntah macammana dengan gempa bumi dan tsunami yang dialami negara lain...
Alhamdulillah ALLAH masih menurunkan rahmat pada umatnya di Malaysia..

rumahku dah menjadi pulau dalam masa sehari

Wednesday, October 27, 2010

Kenangan Zaman Jepong

~~Saat dan Ketika Itu~~

mengamit memoriku

Moga Hubungan diberkati

**gambar ini adalah untuk tatapan anak-anaku yang dah ada dan bakal lahir,inilah tanda kesucian cinta abi dan umi,kehadiran cahaya mata menguatkan lagi hubungan suci kami**
.
..
...
"bahagia serta mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,insyallah"


..Kelambu Ajaib..

kelambu ajaib

alhamdulillah,Tok papa memberi hadiah kepada kami kelambu ajaib..mmg betul-betul unik kelambu ni..boleh buat tido,boleh letak ammar di dalam sambil bermain..xpe perlu risau tentang serangan nyamuk yang selalu kedarah darah..iskh2..

kelambu ini di beli di GALAS,KELANTAN sewaktu tok papa ke sana untuk memeriahkan lagi penamaan calon..apa2 pun time kasih banyak tok papa.
.

..

...

....

.....

~~Slot ceriter AMMAR~~

Susu ibu mmg banyak khasiatnyer,PAda hari selasa baru-barunie AMMAR telah disuntik kali kedua,kebiasaanya bayi akan demam tp alhamdulillah ammar sihat hendaknya,mungkin khasiat susu ibu serta dengan keizinan ALLAH.
PAda Hari rabunya pula,ammar siap ikut umi dan abi berjalan ke marang..iskh2..


Monday, October 25, 2010

2 bulan sudaaa..

Alhamdulillah..Ammar dah nak masuk 2bulan..harini,kami sekeluarga(abi,umi dan ammar) ke kkbp(klinik kesihatan bukit payong) memberi sokongan moral--kena cucuk dos antibodi ke 2-- kepada ammar agar kuat semangat..alhamdulillah sepanjang di kkbp ammar tidak meragam langsung...sebenarnya ammar suka berjalan,abis semua ceruk kawasan kkbp abi mmbw ammar pusing2..reaksi ammar mata melihat sekitar kawasan lawatan..iskh2..mgkin pasni hobi ammar melancong..

Ammar dikenakan 1cucuk dgn 3 dos bahan yang berfungsi sebagai antibodi..alhamdulillah dia tenang menghadapi dugaan tersebut..kesan daripada susu ibu(kuasa ALLAH tiada tandingan) ammar naik sebnyak 1.275kg menjadikan ammar 5.275kg..patutlah dok yok umi nak dukung..heheh

yang penting..AMMAR sihat..thank you ALLAh

~~layan Gambar Ammar di usia memasuki 2bulan~~

sebelum kena suntikan

sempat bergurau dengan abinyer

selepas suntikan..mengantuk sgt2..

Ammar tgh layan untuk tido


TAPI ,apabila sampai dirumah...
.
..
...
....
.....
......

kembali aktif dan cergas..alhamdulillah

membuat aksi kick boxing..hehe

"stone cold"..kata pok alim peminat utama WWE

Sunday, October 24, 2010

Islamic Fashion ke nie?


Dunia mmg dah akhir zaman..kenapa perkara ini terjadi?adakah kita jahil dalam agama?..cuba kita renung dan pikir,apakah bekalan kita untuk hari akhirat..dosa mudah dibuat walaupun sukar tp pahala sukar dibuat walaupun perkara remeh..
Bala ALLAH boleh datang dengan tiba-tiba tanpa kita sedar..

nama muhammad di dada peragawati..nauzubillah

Hukum Menghina Nabi S.A.W

1) Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).

2) Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).

3) Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :

1) Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).

2) Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).

3) Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).


Fashion sebegini mmg di laknat oleh ALLAh swt..

"YA ALLAH berikan kami serta umat islam hidayah pertunujuk mu..tunjukanlah kami yang hak itu hak yang batil itu tetap batil"

Apakah tindakan kita?tepuk dada tanya iman..

~~Sebahagian yang membantah festival tersebut~~

"jika kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu mencegah dengan 3cara iaitu dengan kudrat,jika tidak mampu dengan lisan dan jika tidak mampu dengan hati,tulah selemah-lemah iman"


Projek Sem akhir

PAda 24 oct telah berlangsung pembentangan projek akhir bagi semester 4,..ada yang bijak mengaplikasikan pembeljaran yang di pelajari dan ada jgk yang hampeh...byk main2..apa2 pun,tahniah pada yang betul2 berusaha untuk menyiapkan projek tersebut..

~~layan sebahagian prototaip projek~~

Rumah untuk dijual...lelong

Rumah yang tidak diduduki..penuh dengan lalang..hehe

Kebun bunga siapalah nie,siap ada kotak tisu

Monday, October 18, 2010

BFR 5384 Dalam kenangan


Inilah kereta pertama yang ku beli,apabila mula-mula start kerja
..kini sudah menjadi teksi..

Dari sudut belakang

Dari pandangan Sisi



Sunday, October 17, 2010

Mengamit memori

..NostalgiaPerjalanan hidupku..


~~1998 form 3~~

Pendidikan Menengah SMK Padang Midin
(Diriku-3 berdiri dari kanan)


~~2001~~
Study at Matrikulasi-KPM PTPL(physics course)
Shah Alam,Selangor

~~ Mei 2006~~
Study at KUiTTHO a.k.a UTHM(mecahatronics course)
Batu Pahat,Johor

~~2006~~
1st Job at Zull Design (trainer)
Rawang,Selangor


~~2006/2007~~
2nd job at PTPL a.k.a MSU Collage (tutor)
with Dato Shukri

~~2007/2009~~
3rd Job at PSMZA a.k.a KPTM
*
*
*
*
*
*
*
*
*
NOW!!
~~2010~~

Still with KPTM at PKT
Alhamdulillah...thank you ALLAH

Masalah So-sial

Apalah nak jadi dengan remaja sekarang..hidup xpe arah tujuan..hiburan menjadi penenag fikiran...adakah mereka sedar?..yang MATI akan datang bila-bila masa?..kenapa mereka xgunakan usia muda ini untuk menuntu ilmu agama?untuk berjuang pada jalan ALLAh?..

Di hari akhirat nanti, sesungguhnya Allah akan bertanya ke mana usia muda kamu gunakan?..
jika kita sia-siakan,betapa ruginya kita...

Kebiasaan jawapan remaja sekarang

"muda hanya sekali jer bohh"..
"nanti dah berusia baru cr ilmu agama"..
"gua,nak guna masa muda gua sebaik mugkin,time nie nak enjoy broo"..

mengikut adat,mmg usia 20-35 masih muda dan mati mungkin lambat lagi,
tetapi taukah kita? MATI itu datang dengan tiba-tiba.. xkenal usia,jawatan,masa,tempat.

~~salah satu gejala so-sial~~

Mat-mat serta minah rempit

Merempit di jalanan

**gambar ini dirakam pada hari Jumaat di JAlan PAdang Midin,Jalan ini merupakan jalan kebiasaan mat-mat rempit berlumba haram serta membuat aksi maut dsbnya**


Suasana "forum Gejala sosial"

Gejala sosial pada masa sekarang amat-amat membimbangkan...gejala mat rempit,masalah sosial semakin meruncing..ni pada masa sekarang,dan apakah akan terjadi pada masa akan datang?..diriku amat -amat bimbang memandangkan usia anakku semakin meningkat dewasa.

Justeru itu Pihak masjid Jamek pengadang baru mengadakan forum gejala sosial yang ahli panel terdiri daripada bekas mufti perak,dato Asri serta exco pas pusat, ustz abdullah.

Memang ahli penceramah yang di bawa merupakan ahli intelektual,byk perkara dibincangkan sehingga ada yang kiter sedar dan xsedar gejala sosial telah parah di Malaysia.

Align CenterMantan Mufti Perlis,Dato Asri


Exco PAs pusat, Ustaz Ridhuan

Hadirin khusyuk mendengar penjelasan yang diperkukuhkan dengan fakta

Hadirin tidak terganjak kerana kerancakan forum

"Ya,Allah jadikan kami serta keturunan kami, gol yang mengikut al-quran dan sunnah nabi Muhammad SAW serta jadikanlah kami gol yang mendapat keredhan,petunjuk serta kebrkatan..jauhkan kami dari fitnah dunia dan akhirat dan juga bebaskan kami dari kejahilan"

Tuesday, October 12, 2010

Gambar Bakal Perjuang Islam..insyallah

Inilah gambar terbaru muhammad ammar di usia 45hari..bersiap mengikut abi dan umi ke marang,untuk urusan umi

Begitu hyperaktif untuk kuar berjalan

Renungan seorang perjuang Islam

umi dan abi,Encem tak caya biler pakai kopiah?..

"ya allah,jadikanlah diriku serta keturunan ku,golongan yang menjaga solat,gol yang mengamal al-quran dan sunnah nabi Muhammad SAW

Sunday, October 10, 2010

Mencari KerdhaanMU

...Alhamdulillah..
abi dan umi berjaya mencukur rambut ammar yang sepatutnye d cukur pada hari ke tujuh tp abi xberani heheh sebab kulit kepala yang terlalu lembut..
Di dalam islam pada hari ke tujuh disunatkan
1.Memberi nama
2. Mencukur kepala
3. bertahnik

Dalam islam juga di sunatkan rambut yang dicukur itu di timbang, selepas tu membayar berat rambut tersebut kepada fakir miskin dengan harga emas(jika mampu),@harga perak(jika tak mampu)

~~Kenangan Sebelum mencukur rambut~~


DAri sudut Belakang

DAri sudut tepi

Dari sudut depang

~~Selepas bercukur~~

Abi, Kepala caya dah botakk

eyahhh!!..Ringan kepala saya abi umi

Selesa dengan "beg Galas anakku"

Renungan Seorang bakal Pejuang Islam

**Beg galas baby anakku telah dibeli di butik anakku pada bulan october 2010 semperna promosinye yang berharga rm29.90(harga asal rm 39.90)...jd sesapa yang berkenan pakat2lah g beli,promosi akan tamat pada penhujung october**


"Ya Allah,kami mencari keredhaan dariMu,berkatilah diri kami,keluarga kami serta keturunan kami.Terimalah segala amal ibadat kami,moga amal ibadat kami diterima oleh Mu serta mendapat keberkatan"