TITIAN KASIH

TITIAN KASIH
DIRIKU DAN DIRIMU

~PENYERI DALAM KEHIDUPANKU~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Tempat Impian Kami..

Masjidil Haram

Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan,itulah rukun islam yang ke-5.Inilah tempat impian kami

"YA ALLAH, GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG TERPILIH UNTUK KE SANA"

Jalan-jalan Cari Masjid

~Masjid Ladang~

MAsjid yang terpilih sekarang ialah MAsjid LAdang,terletak berhampiran Pantai Batu Buruk bersebelahan dengan hospital dan juga hotel sumai serta primula.
Masjid ini telah di upgrade dari pelbagai segi termasuk rekaan dalaman..sebelum ini masjid ini menggunakan kipas..sekarang dah pakai air cond..mmg sedap bersolat disini,amat-amat selesa..jadi sesapa datang terengganu silalah solat di MAsjid Ladang..

Suasana tenang dan damai di RUmah ALLAH

PAnorama Indah
*
*
*
*
*
*
*

~SURAU USTAZ AZHAR(SURAU LADANg)

Inilah tapak bermulanya kemunculanUstaz Azhar Idrus..Kampung Ladang,dahulunya kampung ini biasa saja,Datang seorang Guru dari Patani telah memulakan kuliah@mengajar kitab dan salah seorang anak muridnya ialah Ustaz Azhar Idrus..ALLAH itu maha berkuasa dan Maha Berhak,
"ALLAH MEMBERI HIDAYAH BAGI HAMBANYA YANG TERPILIH"
Berkat Kesungguhan dengan keizinan ALLAH, ustaz Azhar Idrus telah menjadi seorang Ustaz yang di segani dalam ilmu Feqh..Pembelajaran ustaz azhar tiada terhenti disini sahaja,beliau menyambung pelajaran di pondok2 yang terpilih

Moga ALLAH memanjangkan umur Ustaz Azhar Idrus,Untuk membentuk serta mengajak manusia ke arah kebaikan

Surau ini dahulunya kayu setingkat,sekarang dah bertukar wajah menjadi batu 2 tingkat disebabkan munculnya pangsapuri ladang di sekitar surau tersebut.memang nyaman apabila berada disini

UstaznMenyampaikan Kuliah

**Rujukan: Sejarah yang diceritakan adalah dari jemaah surau ladang serta dari tuan guru dari PAtani yang datang menziarahi anak didiknya**

sebarang kesilapan di mohon ampun dan maaf

Solat itu TIANG AGAMA

Tiada alasan untuk tidak solat

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor knp pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak de masjid/surau dan yg paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedang solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.







Solat itu adalah tiang Agama,Jika seseorang itu tidak solat
maka
dia telah meroboh agamanya sendiri...nauzubillahh..

..Khas buat kaum HAWA(cont..)...


Monday, September 27, 2010

Zaman Kanak-kanak...Ariff Akmal

Tengah godek2 fail dalam laptopni,terjumpa gambo kami time "KONVOKESYEN" zaman kanak-kanak dulu..hehe..mujur ada ek,untuk santapan anak-anak nanti...serta sebagai pendorong anak-anak untuk berjaya


"KONVOKESYEN PERTAMA KAMi"

Dah Sebulan Rupanya

.....Pejam celik pijam celik....
(alhamdulillah allah masih memberi nyawa kpd kami)
28 sept 2010 usia anakku dah cukup genap sebulan..kejap jer masa berlalu..Ammar dah besar panjang tau..dah dapat kenal dan dapat bau,bau umi..hehe,cepat betul anak-anak sekarang dpt belajar.

Hari ini Ammar pd usia sebulan(kanak2 lain pun mcm tu jgk ek) kena ke klinik Kesihatan untuk 1st medical checkup...hehe..nak ukur tinggi,berat dan sifat fizikal serta utk di suntik Antibodi(sbg pencegahan penyakit)..

~Semasa di Klinik~
Ammar merupakan anak yang baik dan sopan...semasa di klinik ammar,anakku xbanyak songeh langsung xseperti anak2 lain yang mengamuk,menjerit...alhamdulillah ammar seseorang yang memahami umi dan abi...dia hanya kelip2 kebil2..hehe,memang jurus betul anak abi dan umi nie..

Berat ammar meningkat dari 3kg kepada 4kg dan tinggi pun bertambah tinggi..semasa disuntik plak,dia hanya menagis kejap je,tu pun masa nak cucuk jarum,pas tu dia relak jer..mmg sopan..

..jom layan reaksi ammar di usia sebulan..

Sebelum ke klinik...cutenyer ammar,muka dah bulat gete


Disisi umi di Kelinik Kesihatan dengan penuh kesopanan

Selepas ke klinik kesihatan...kembali aktif dan segar

Pengorbanan besar umi untuk membesarkan ammar

"Ya Allah,jadikan diriku,keluarga serta keturunan ku golongan yang menjaga solat,golongan yang mentaati perintah dan ajaranmu dan golongan yang mndapat pertunjuk hidayah dariMU..Ammen"

Bersama insan tersayang d Taman Tamadun Islam

~Tersegam indah Masjid Kristal~

Taman Tamadun Islam,kini sudah menjadi bualan setiap pelancong setiap kali datang ke Terengganu...makna taknyer?..semua datang nak tgk Rekabentuk masjid kristal yang berharga jutaan ringgit..Di bina pada zaman Datok Idris Jusoh,dulunya tmpt ni xde pelancong langsung tp sekarang...peh!!..ramai tu..

Antara kemudahan dan tempat yang best ialah:-

1. MAsjid Kristal yang terapung...mengadap ke luatan
2. Replika bagi masjid seluruh dunia...tp nak masuk kena bayar tau..hehe
3. D'benteng cafe...tp sapa nak dating,disyorkan pada waktu malam..sbbpe?
suasana nyer di muara luat..tenang dan layan jer..ROMANTIK TAUUUU
4. Adanyer Taman rekrasi untuk berjoging dan play ground
5. Homestay untuk disewa
6. Dewan Konvokesyen


..Bersama Isteri Tercinterrr..


budak-budak xtau pasallll....


Berjoging sambil tersenyum...apa2 jelah

Sudut dari D'Benteng CAFE

TTI ini berdekatan jugak dengan MUZIUM TERENGGANU,sesapa yang minat bergambo@team2 photoghraper molek lah datang sini untuk shoot picture..

Sunday, September 26, 2010

kisah dulu kala..Misi menawan KL tower

Menara ke 2 tertinggi di Malaysia

Zaman dulu-dulu sebelum kemunculan KLCC menara inilah menjadi mercu tanda MAlaysia..banyak aktiviti yang diadakan antaranya larian ke puncak KL tower...Fuh!..tinggi tu..penatnyer nak sampai puncak tu...heheh

tapi yang best KL Tower nie ialah di atas nyer ada restoren,sambil makan boleh nikmati pemandangan bandaraya KUala LumpuR..atas sana jugak ada pejabat komunikasi contohnyer Telekom Malaysia


Model sementara untuk TM


Di puncak KL tower...sejuk sbb angin kuat sangat2

Bersahaja


..Khas buat kaum HAWA..



~Buat isteriku~

Sepang-kederang..

--ini serpihan kayu luar biasa--


..Sepang Kederang..

Pelik bunyinya...tp bagi yang dah biasa mgkin biasalah kut..ku baru tau ada jgk akar kayu di panggil sepang kederang..isk2...speang kederang ni adalah akar kayu yang biasa diguna oleh ibu yang telah bersalin..Untuk menggunakannya.Kiter perlu ambil serpihan akar tersebut rebus dan kemudian airnya di minum..tujuanya adalah untuk menyembuh luka dalaman bagi ibu/wanita yang bersalin...ni sebgai perkongsian,maklumler dunia dah maju..ni pom pesanan orang tua-tua..kalo dah tau nak amal,silakan..kalo xnak amal pom xpe..

Saturday, September 25, 2010

Pakaian Muslimah..betul ker?

..Pakaian MUslimah Yang Sebenar..

Dunia sudah semakin maju..macam-macam perubahan yang telah dibuat,kononyer mengikut pengedaran zaman..antaranya dari aspek pemakaian..Sekarang wujudnya busana-muslimah,butik muslimah..tapi sejuah manakah hala tujunya?

..sopanyer power rangers..

..sebenarnya barat telah cuba meracuni pemikiran umat islam dengan memperkenalkan pemakaian muslimah..yea,memang bertudung,menutup aurat..tp masih lg ketat sepereti POWER RANGERS perempuan menutup aurat bukang?..siap pakai helmet lagi..tapi itulah pakaian yang di bawa oleh yahudi..sedahkah kita?

Salah satu trend remaja sekarang


Cantikkan tapi tetap dilaknat oleh ALLAH SWT

Wahai kaum HAwa..
Sedarkah kalian bahawa,kaum yang banyak memasuki neraka ialah kaum hawa?..
salah satunya disebabkan tidak menjaga maruah diri..

sebenarnya kaum HAWA lebih mudah memasuki SYurga(dpt memilih mana2 lubang syurga) berbanding kaum adam,dia hanya memenuhi 3 syarat,iaitu:
1. mentaati perintah Allah(solat,puasa dsbnyer)
2. mentaati Suami
3. menjaga Maruah(kemaluan serta pemakian)

Senang bukan,tp sebenarnya sukar untuk kita amal dan buat.

"YA ALLAh,peliharakanlah diriku,keluarga ku dari dimurkai oleh MU..Juahkanlah Kami dari Kejahilan serta pimpinlah kami ke jalan yang engkau Redhai"...Ameen

Jalan-jalan Cari Masjid

~Masjid~


..keindahan di waktu magrib..

Assalamualikum..
minggu ni plop saya nak memperkenalkan masjid yang telah saya lawati..masjid yang dilawati ini baru je beroperasi hampir 2tahun.masjid yang dimaksukdan ialah masjid Kg Nibong..terletak bersebelahan dengan rumah YB Dato Che MAt Jusoh..masjid ini mempunyai rekaan yang unik,mana taknya,mesjid dekat kawasan YB..mesjid ini di imam oleh imam tahfiz...sedap betul berjemaah di sini..layannn

Suasana tenang dan damai



~Surau~

..kHusuyuk mendegar tazkirah..

Jalan-jalan cari masjid tidak memfokus pada masjid sahaja tau,surau pun dimasukkan juga..surau yang terpilih ialah surau ustaz salleh. bertempat di Batu Buruk..surau ini merupakan milik persendirian.
surau ini memang unik dan menarik sbbpe?..sebab tiada dinding(pakai udara luar)
peh..bile jer solat maghrib dan isyak..sejuk dan nyaman jer..
WAlaupun surau ni kecik.surau ni banyak aktiviti pengisianyer
seperti kelas fardhu ain,kelas haji,kelas mengaji..

kalo sesapa yang nak cari ilmu ugama.surau ini mmg patut dijadikan pilihan..

"MENCARI ILMU ITU(ILMU AKHIRAT) WAJIB BAGI SETIAP MUKMIN DAN MIKMUNAT"

28 hari

..ammar suka sangat duk macamni..


alhamdulillah
MUhammad Ammar dah berusia 28hari...sekarang dia semakin menawan dah dah pandai mengenali umi,abi,tok ma.ragamnyer selalu mencuit ati abi dan umi..

Ammar ni kuat sangnt minum susu umi,mklum jelah anak lelaki mmg kuat menyusu dan kuat jugak ukh2..hehe.Ammar sekarang pom kuat meragam tp bila tengok umi terus senyap...iskh2..kecik2 dah pandai ek berpolitik..yelah nak isap susu..
apa-apa pun abi dan umi nak tengok ammar sihat membesar dengan penuh kaseh sayang

berposing dengan baju dari cik ra dan cik ghah

Selamat Penganti BAru Buat sahabtku


Alhamdulillah..16 syawal 1431 bersamaan 25 sept 2010..sahabtku fahmi telah selamat menjadi suami kepada hudaa..Majlis yang diadakan begitu meriah bertempat di homestay kamariah milik keluarga perempuan..fahmi segak dengan pakaian pahlawan melayu tp masih ada perasaan malu kut.hehe..maklumlah pengantin baru..apa2 pun all the best untuk korang ek

ehem-ehem..macam segan jer en fahmi tu

Macam Raja sehari..fahmi dan hudaa

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga"

Wednesday, September 22, 2010

Jalan-jalan Cari Masjid

masjid seterusnya ialah masjid nur zaharah a.k.a masjid terapung..masjid ini di design oleh Arkitek terkenal RAJA BAHRIN..masjid ini memang unik sbb dia terapung hehehe. berdekatan dengan TER dan juga tempat lepak2 petang-petang bersama family..terletak di kuala ibai,.kawnyer dipenuhi dengan gerai2 menjual peralatan kraftangan...jadi sesapa yang datang,boleh SOLAT dan juga boleh cuci mata..hehe..apa2pun,nak jalan mana2 pun boleh tp solat jangan lupa tau..

..BUATMU SAYANGKU..

..Video ini dibuat semperna hari kelahiran isteriku yang ke 23..Abang amat-amat menyintai dirimu


Tuesday, September 21, 2010

Segeralah mendirikan solat apabila azan di laungkan



...solat itu tiang agama..
wahai sahabatku,segerakanlah kamu mendirikan solat apabila mendengar seruan azan,dan sesunggunhnya mati itu datang dengan tiba-tiba xpe kita duga

Hari Raya Politeknik Kuala Terengganu

Suasana di tapak gerai berhias

Hari ini 22 sept 2010,politeknik kuala terengganu mengadakan mejlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri..pelbagai aktiviti yang dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut..antaranya gerai berhias..setiap jabatan terlibat bagi merebut hadiah pertama berjumpa rm200..hehe..

apa2 pun jom kita layan sesi persiapan gerai berhias

..Gerai JKE..

..membz kan diri dengan xtvt berhias..

..Gerai JTMK..

..Gerai HEP..

Jom layan lagu yang menyentuh kalbu



..HARGAILAH PERGORBANAN SEORANG IBU..
"SEORANG IBU MAMPU MENJAGA ANAKNYA SERAMAI 10 ORANG,TP ANAKNYA YANG SERAMAI 10 ORANG MAMPU MENJAGA IBUNYA SEORANG?"...RENUNGKANLAHH..




...MATI ITU DATANG DENGAN TIBA-TIBA..

7 golongan orang yang dilindungai oleh ALLAH SWT



..Renungkanlah...

Monday, September 20, 2010

Mengimbau Kenangan diriku dan dirimu

~12 december 2008~

....Saat diijab kabul....

Tenang dan bersahaja

Mas Kawen buat isteri

Dalam islam mas kawen merupakan hadiah dari suami untuk isteri,dan itu menjadi hak kepada isteri...sesiapa pun xboleh ambil mas kawen tersebut walaupun ibu bapa si perempuan serta suami kecuali dengan keizinan si isteri.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “......surah al-Nisa’ ayat 4

Keluarga sebelah isteri

Bersama ibu tercinta


~21 mac 2009~

...majlis di rumah wanita...

Majlis ini diadakan lewat hampir 3bulan..disebabkan faktor cuaca serta mempercepatkan yang wajib(ijab dan kabul)...walimatul urus hanya sunat tp sebenarnya dah dibuat pada 12 dec 2008 secara kecil-kecilan

Pengiring Orang Kuat AM BANK caw.KT

Baru nak makang...tp posing dulu

Macam raja sehari

~31 mei 2009~

....Rumah Lelaki...

Alhamdulillah semperna pernikahan dua putra haji ramli dan Hajah asmai,majlis smbut menantu a.k.a majlis kesyukuran di adakan bertemapt di Gong Kiat..majlis sederhana ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan taulan,jiran tetanga serta sanak saudara dari jauh@ dekat.

Model yang diimport dari kl dan juga kuantan

tengah kacau air sempat lg berposing..iskh2..

Rakam..jangan x rakam..