TITIAN KASIH

TITIAN KASIH
DIRIKU DAN DIRIMU

~PENYERI DALAM KEHIDUPANKU~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

" happy mother's DAY " TO Puan Zaliha N Puan Asmai




Mei telah ditetapkan sebagai hari ibu. Semenjak berbadan dua ni, aku rasa lebih sensitif bila membicarakan perihal 'ibu'. Hatiku jadi lebih lembut dan penyayang kepada golongan bertaraf ibu. Bagaimana seorang ibu mampu melahirkan, mendidik, membesarkan 10 orang anak.... dan ada yang hanya bersendirian tanpa seorang suami menjalankan amanah Allah dengan penuh kesabaran. Ada sebahagiannya anak-anak berjaya menjadi manusia berguna. ( cerita aku tidak termasuk golongan ibu yang membuang anak ). Cerita bab buang anak ni, aku 100% menyalahkan golongan wanita, dosa yang ada ditambah lagi.. tidak sedarkah kalian bayimu itu anugerah teragung yang perlu dijaga, dibelai dan dimanja seadanya dengan didikan yang sempurna. Dan ingatlah bahawa Allah itu maha adil, suatu hari nanti tidak mustahil kalian juga bakal dibuang, sama ada oleh keluarga, masyarakat dan lebih teruk lagi andai Nabi kita Muhamad s.a.w tidak mengaku umatnya.... di mana kedudukan kalian di akhirat kelak. Pada siapa kalian hendak bergantung harap, meminta perlindungan di padang Mahsyar... Subhanallah!!! bertaubatlah kalian sebelum matahari terbit di barat dan tenggelam di timur. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.
Berbalik perihal 'ibu'. Aku beruntung dikurniakan seorang ibu dan ibu mertua yang baik...kadang kala aku dapat melihat secara halus sifat-sifat yang ada pada suamiku, ada pada ibunya... dan sifat-sifat yang ada pada ibu mertuaku ada dalam diri suamiku... bak kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... ek, betol ke? tumpah ke mee pun boleh gak kan???? mee kari! hehe. Namun ada masanya aku tidak dapat mengawal perasaan jelesku bila suamiku sedikit mengambil berat perihal ibunya. Walhal aku telah maklum tanggungjawab anak lelaki yang utama adalah kepada ibunya... kedua kepada ibunya... dan ketiga juga adalah kepada ibunya... ini jelas di dalam sirah nabi... bukan rekaan semata-mata. Ya Allah!!!... ampunkan hambamu ini... akulah antara orang-orang yang rugi, yang mengetahui tetapi tidak menuruti landasan yang engkau telah tetapkan... dan akulah manusia yang rugi kerana tidak mahu bersyukur dengan pemberianmu... seorang ibu mertua yang baik. Aku sering terlupa itu... dengan restu beliaulah ( disamping takdir Allah ), aku dapat disatukan dengan suamiku yang tercinta...
Buat ibuku pula, tak perlu nak cerita panjang-panjang.... sebab cerita pengorbanan ibuku membesarkan kami adik beradik tanpa suami di sisi tidak termampu untukku abadikan di sini... hanya doa pada yang Esa supaya mengampunkan segala dosa ibuku dan merahmati serta meredhai kehidupan ibuku hingga akhir hayatnya di dunia dan disyurgaMu...
Buat semua yang masih mempunyai ibu... kita sangat bertuah kerana perjalanan hidup kita hari ini masih di dalam redha dan berkat doa seorang ibu... dan entah sampai bila ketenangan itu kita dapat kecapi...selagi hayat ibu masih ada... maka berusahalah membahagiakan sekeping hati seorang ibu sementara mereka masih ada walau dekat, walau jauh... Ibu... engkaulah ratu hatiku...
Special for ma, Puan Zaliha Binti Embong N mama, Puan Asmai Binti Ali.... Thanks for everything. LOVU U FOREVER.